Astra 0509, 9W2MIL, Jamil b Hassan, Kedah.
Al-Fatihah untuk rohnya. Moga dia digolongkan dalam golangan orang yang beriman dan golongan ahli Syurga hendaknya ya Allah. Amin.
Telah kembali kerahmatullah akibat stroke ketika memandu di Taman Maount Austin berhampiran dengan bulatan Taman Daya JB. Beliau tidak dapat diselamatkan. Jenazahnya dihantar ke Hospital Sultan Ismail , Pandan , JB untuk bedah siasat dan telah dituntut oleh warisnya pagi tadi.
Kini jenazah dalam perjalanan ke Perlis untuk dikebumikan di sana. Mudahan al-marhum aman sentosa.
Bagi pihak keluarga al-marhum mengucapkan terima kasih kepada semua yang bersusah payah dalam menguruskan urusan tersebut.
Jika ada sebarang kekurangan dan kesilapan Al-marhum harap dimaafkan dan dapat dihalalkan apa yang patut.
Warga Astra Johor berdukacita atas kehilangan rakan ini. Hanya kepada Allah sahaja kami berserah. Sesungguhnya apa yang hidup pasti akan mati.
Al fatihah ila rohi abg Jamil.
73

0 comments:
Post a Comment