
Dimaklumkan bahawa kebanyakan repeater ASTRA Negeri Johor agak usang dan mengalami kerosakan akibat panahan kilat/petir. Sebagaimana yang kita semua maklum bahawa tanpa sumbangan dan bantuan kewangan repeater tersebut tidak dapat berfungis dengan baik dan memberikan perkhidmatannya kepada kita dan masyarakat.
Atas dasar itu, diharap warga HAM dan pengguna repeater dapat menyumbangkan sedikit sumber kewangan mengikut kemampuan sahabat-sahabat. Kami mencadangkan agar dapat disumbang RM30 seorang bagi urusan pembangunan dan pengurusan repeater dapat dilaksanakan dengan lancar. Tenaga, kemahiran dan masa yang diluangkan oleh sahabat-sahabat yang menyelengggara diberikan secara percuma. Namun peralatan radio, antenna dan peralatan lain memerlukan kos dan perlu dibiayai oleh semua.
Ini tanggungjawab kita bersama bagi memantapkan kebolehan repeater.
Sila masukkan sumbangan anda ke dalam tabung ASTRA Negeri Johor secara online di Maybank2u No akaun :551249102773
Terima kasih atas sumbangan anda.
Sumbangan Anda amat bermakna untuk kebajikan bersama.
BERSAHABAT MELALUI UDARA
73

0 comments:
Post a Comment