Berdasarkan perbincangan yang dijalankan dalam Mesyuarat Penyelarasan ASTRA JOHOR pada malam 1 November 2009 juga telah memutuskan beberapa perkara antaranya;
1. Aktiviti MOU yang ditanguhkan oleh BSMM CNJ akan dibuat dalam masa yang terdekat sebagaimana yang dimaklumkan oleh Wakil Khas BSMM CNJ, En Kaman Osman selaku Pengerusi JK Kecemasan & Bencana BSMM CNJ setelah beberapa perkara teknikal yang timbul semasa proses kearah program yang dirancang. Beliau menyampaikan Salam Maaf serta Pesanan Pengurus BSMM CNJ yang mengalu-alukan kerjasama yang erat bagi menjayakan misi dan visi menyelamat bencana melalui komunikasi yang digerakkan oleh ADEC Johor bersama BSMM CNJ ini secara berterusan menyokong usaha murni ini menjadi realistik. ADEC Johor siap sedia menghulurkan bantuan kepada BSMM CNJ bagi Komunikasi Kecemasan dalam aktiviti bencana akan datang pada setiap ketika.
2. Astra Johor akan menyusun dan menghantarkan satu Jadual Logistik serta inventori perlatan dan senarai petugas sukarela ADEC Johor bagi persiapan menghadapi bencana kepada BSMM CNJ.
3. ASTRA Johor akan melaksanakan Kursus RAE 2/2009 setiap minggu di Bilik Gerakan Belia 4B Johor Bahru, Stadium Larkin, Johor Bahru bermula 8 November 2009.
4. Majlis Sambutan Raya Haji akan dibuat EYEBALL pada 28 November 2009 jam 5 petang hingga 29 November 2009 di Mutiara Bay Resort, Batu Layar, Kota Tinggi, Johor. Pungutan tabung program akan dibuat pada tarikh berkenaan mengikut kemampuan dan keikhlasan peserta eyeball raya haji.
- 5.00 pm Pendaftaran
- 6.00 pm Menyiapkan dapur-dapur BBQ Ayam, Daging Lembu, Seafood ( Ikan dll) serta pemilihan tempat untuk berkhemah jika ingin bermalam. Khemah dibawa sendiri oleh peserta. Bilik air dan tandas disediakan dan percuma.
- 7.00 pm Solat Maghrib beramai-ramai di tepi pantai batu layar.
- 8.00 pm Makan malam dan Sambutan Hari Raya Haji.
- 10.00 pm Unggun Api & Acara Bebas
- 12.00 pm Istirehat
- 5.30 am Solat Subuh
- 11.00 am Jamuan Majlis Menyambut Menantu 9W2DSD di lokasi yang sama. ( Bagi pihak 9W2DSD Pak Din Batu Layar , menjemput Semua Warga Ham untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis menyembut menantu pertama beliau )
- 5.00 pm Bersurai.
5. Dengan pengambilalihan program sambutan Hari Raya Haji ini yang dikendalikan oleh ASTRA Johor, Daerah Johor Bahru, maka pihak ASTRA Johor, Daerah Kluang bersetuju mengambil alih tugas Daearah Johor Bahru mengadakan AGM ASTRA JOHOR yang akan dilaksanakan di Kluang pada Februari 2010 nanti.
6. Satu SOP Komunikasi Kecemasan akan digubal bagi memudahkan pengendali Radio Amatur dalam melaksanakan komunikasi kecemasan. Sehubungan dengan itu dimohon kepada semua warga amatur agar dapat memberikan sumbangan dan buah fikiran dalam bentuk penulisan agar dapat disampaikan serta dihebahkan untuk kegunaan semua warga radio. Ini perlu bagi memastikan komunikasi yang dijalankan ketika kecemasan dapat dilaksanakan dengan jelas, baik serta tidak menimbulkan kekeliruan yang boleh membawa masalah kepada masyarakat dan salah faham. Kod dan istilah komunikasi perlu diselaraskan bagi memudahkan dan mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya dihebahkan berlaku yang boleh menimbulkan kekeliruan. Kod serta istilah ini hanya digunakan dalam komunikasi kecemasan sahaja. Hantarkan terjemahan atau penulisan anda ke astraselatan@gmail.com untuk tindakan selanjutnya.

0 comments:
Post a Comment